Thursday, 21 March 2013

TIP MEMUJUK KEKASIH YANG MERAJUK

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca coretan Kasih Suci.
Pernahkah berasa buntu untuk memujuk kekasih hati yang sedang merajuk? Mari Kasih kongsikan bersama beberapa tips dalam memujuk kekasih agar kembali pulih dari rajuknya.
1. Bawa berbincang
-bawalah berbincang dan cuba ambil tahu apa yang menjadi masalah dan menyakitkan hati si dia hingga dia merajuk hati. Biasanya kekasih tak akan merajuk jika hatinya tidak disakiti.

2.Tempoh bertenang
-jika setelah cuba berbincang keadaan makin tegang, berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila keduanya dah kembali normal bincanglah dengan baik.

3.Adil
-Bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar.Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan dalap dipulihkan kembali

4.Hadiah
-berikan dia sedikit hadiah, walau hanya bunga atau coklat untuk memujuk. Tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.

5.Mengalah
-Kadang kala bila bertengkar si dia merajuk. Tak salah kita mengalah mengaku yang kita salah walau jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah dalam hal tersebut. Nanti bila keadaan dah pulih perbetulkan kesilapan dia dan tegurlah dengan berhemah dan lembut.
 
6.Telefon
-Bila kekasih merajuk telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai.Ramai terutamanya lelaki bila kekasih emrajuk mereka berdiam diri konon nak bagi si dia bertenang. Tapi cara itu buat si dia rasa tak dihargai sebenarnya.

7.Ajak Makan
-kadang-kadang orang lapar ni mudah naik angin. Apa kata kita ajak dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk…siapa tahu kan?

8.Peluk Erat
-Bila suami atau isteri merajuk peluklah mereka erat-erat. Cara ini dapat meyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. Tapi yang tak nikah lagi jangan peluk-peluk okey!

9.Yakinkan
-Perlakuan dan tindakan yang tak meyakinkan kadang kala buat si dia merajuk hati. Dalam tiap tindakan lakukan dengan yakin dan betul barulah dia yakin dirinya disayangi

10.Tilis surat
-Usahakan menulis surat, text handpone atau hantar email padanya memujuk dan minta maaf jika bersalah. Mungkin dia tak mahu berkomunikasi dengan telefon atau bertemu muka, jadinya cara ni adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.

No comments:

Post a Comment